Aplikasi ini adalah adaptasi Ujian Saringan Depresi yang diperkenalkan pada tahun 1993 oleh Ivan Goldberg, M.D. (14 April 1934 – 26 November 2013). Beliau adalah seorang psikiatris dan psikofarmalogis klinikal di sebuah firma persendirian di New York. Dr. Goldberg membuat pengkhususan dalam kaedah rawatan terhadap individu yang telah didiagnosis dengan depresi yang kalis rawatan. Oleh itu beliau menumpukan banyak masa untuk mengkaji kaedah penilaian dan rawatan inovatif untuk individu yang mengalami kemurungan atau gangguan bipolar tidak memberi respons kepada rawatan ubat biasa.
Ujian Saringan Depresi ini merupakan salah satu cara untuk mengenalpasti sama ada seseorang itu mengalami tekanan atau depresi. Ujian ini mengandungi 18 soalan yang perlu dijawab dengan menggunakan skala Likert untuk menggambarkan perasaan anda dan perubahan diri dalam tempoh seminggu ini. Anda diminta menjawab dengan jujur untuk saringan yang lebih tepat.
Sila buat pilihan jawapan