Perkhidmatan awam yang cekap, cepat, efisien, berintegriti dan mesra rakyat diberi keutamaan dalam memastikan prestasi perkhidmatan awam di Negeri Johor memenuhi tuntutan dan harapan pemegang taruh. Justeru itu, pembentukan modal insan yang berkualiti dan jati diri yang cemerlang harus diamalkan bagi membawa perkhidmatan awam bertaraf kelas pertama. Penyampaian Berkesan Rakyat Sejahtera merupakan agenda utama Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (PSUKJ). Kerajaan Negeri sentiasa memberi tumpuan kepada usaha memenuhi harapan dan kehendak rakyat serta pelanggan dalam memperolehi perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan dan Agensi Negeri di bawah PSUKJ.
Video i-Psikologi
Tujuan i-Psikologi Dibangunkan
- Menyediakan perkhidmatan aplikasi psikologi secara atas talian bagi menggantikan amalan sebelum ini yang menggunakan borang dan kertas serta terhad penggunaanya yang tidak secara meluas.
- Menyimpan rekod-rekod permohonan dan keputusan ujian sebagai rujukan dan mudah dicapai tanpa melibatkan penggunaan kertas dan fail yang banyak.
- Membolehkan pengskoran, penganalisisan dan penyediaan laporan dilakukan secara berkomputer.
- Membolehkan maklumat berkaitan ujian psikologi disimpan dalam satu pangkalan data.
Pakar Rujuk i-Psikologi
Sistem i-Psikologi mendapat pandangan dan rujukan daripada panel pakar daripada IPTA. Sehingga April 2019, panel pakar berikut telah membantu memberikan maklum balas dan pandangan terhadap kandungan dan perkhidmatan yang ditawarkan di sistem i-Psikologi:

Prof Noor Azniza bt Ishak
Universiti Utara Malaysia, Sintok

Dr Siti Rozaina bt Kamsani
Universiti Utara Malaysia, Sintok

Dr Zainudin bin Omar
Universiti Utara Malaysia, Sintok