Kaunseling LGBT
i-Psikologi Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
Slaid dalam Pembikinan (Julai 2019)
Kandungan
- Latar Belakang
- Punca
- Bahaya dan Kesan LGBT
- Perspektif Islam
- Pencegahan
Latar Belakang
- Apa itu LGBT?
- Istilah
- Sejarah
- Sejarah di Malaysia
- Perundangan Malaysia
Apa itu LGBT?
- LGBT - Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender
- Merujuk kepada perkumpulan manusia yang mempunyai orientasi seks songsang melangkau batas fitrah kemanusiaan
Komuniti LGBT wujud untuk memperjuangkan hak dan kebebasan yang dikatakan disekdat dan ditindas, seringkali berselindung di sebalik label "kasih sayang" dan topeng "perjuangan hak asasi" manusia
Istilah
- Lesbian - Golongan perempuan yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, iaitu perempuan homoseksual.
- Gay - Golongan lelaki yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, iaitu homoseksual.
Istilah
- Biseksual - Kecenderungan untuk melakukan hubungan seks dengan kedua-dua jantina iaitu lelaki dan wanita.
- Homoseksual - Orang yang melakukan hubungan dengan jantina sejenisnya. Lelaki akan disebut gay manakala wanita akan disebut lesbian. Lawan bagi heteroseksual.
Istilah
- Transgender - Lelaki yang merasakan dia seorang wanita dan wanita yang merasakan dia seorang lelaki. Ada yang membuktikan perasaan itu dengan melakukan pembedahan menukar alat kelamin
- Transvestite - Lelaki yang penampilannya seperti wanita dan wanita yang penampilannya seperti lelaki
Sejarah
- Kisah Nabi Luth a.s dan kaum Sadum yang mengamalkan gaya hidup seks songsang dirakam dalam Al-Quran melalui Surah Hud ayat 82.
- Kaum Sadum telah dibinasakan oleh Allah dengan bencana alam, seperti gempa bumi yang kuat dan hujan batu.
- Bermula Era Revolusi Perancis sehingga kejatuhan Turki Uthmaniyyah, masyarakat Barat mula membebaskan diri dari ikatan beragama.
- Lahir idealogi humanisme sekular yang berpaksikan kehendak manusia tanpa batasan sehingga wujud perjuangan berorientasi seks songsang.
Sejarah di Malaysia
- Bermula 2012, wujud isu gerakan kemanusiaan yang memperjuangkan agar LGBT diiktiran di Malaysia.
- Pada 4 Ogos 2012, pasangan homoseksual rakyat Malaysia dan US melangsungkan perkahwinan di Kuala Lumpur.
- Perarakan sempena Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2019 telah dicemari penyokong LGBT.
Perundangan Malaysia
- Perundangan Sivil - Seksyen 377A (persetubuhan bertentangan tabii melalui dubur). Hukuman penjara sehingga 20 tahun dan/atau sebatan.
- Perundangan Syariah - Seksyen 25 (liwat). Hukuman denda tidak lebih RM5000 dan/atau penjara tidak lebih 3 tahun dan/atau sebatan tidak lebih 6 sebatan.
Punca
- Teori Biologi
- Pembesaran yang Salah
- Ketidakseimbangan Peranan Ibu Bapa
- Pendidikan Seks yang Salah
- Pengalaman Lepas dan Trauma
- Pengaruh Media
Teori Biologi
- Teori yang menyatakan aturan kelahiran menentukan orientasi seksual sama ada heteroseksual, homoseksual, biseksual atau aseksual.
- Teori ini melibatkan faktor genetik, hormon pre-natal dan struktur otak manusia.
Pembesaran yang Salah
- Peranan dan tindakan ibu bapa yang membesarkan anak sebagai jantina yang berbeza.
- Ada ibu bapa yang inginkan anak lelaki, tetapi dikurniakan anak perempuan. Lalu anak perempuan dibesarkan seumpama anak lelaki (e.g nama panggilan, pakaian, permainan)
Ketidakseimbangan Peranan Ibu Bapa
- Anak lelaki yang banyak meluangkan masa membesar bersama ibu tanpa kehadiran bapa mungkin akan terikut-ikut dengan kewanitaan ibunya. Kes yang sama untuk anak perempuan dan bapa.
- Ibu bapa hendaklah memainkan peranan yang seimbang.
Pendidikan Seks yang Salah
- Pendidikan seks yang salah boleh menyebabkan kecenderungan yang songsang.
- Anak lelaki dididik agar cenderung kepada wanita dan sebaliknya.
- Sekiranya anak dididik seolah-olah semua hubungan lelaki dan wanita adalah ditegah, didikan melampaui batas boleh menyebabkan kecenderungan seksual yang berlawanan dengan fitrah manusia.
Pengalaman Lepas dan Trauma
- Pengalaman traumatik seorang wanita yang diperlakukan secara zalim oleh lelaki boleh menyebabkan ia membenci semua lelaki.
- Lelaki yang terlalu kecewa dengan teman wanita boleh menyebabkan ia putus asa.
- Golongan ini berkemungkinan mencari teman sesama jantina.
Pengaruh Media dan Teknologi
- Penyebaran media berorientasikan LGBT melalui internet/media massa memberi kesan yang besar terhadap masyarakat.
- Teknologi memudahkan capaian dan penghasilan media sebegini, juga mewujudkan komunikasi, identiti dan kumpulan fizikal/online yang sealiran.
Bahaya dan Kesan LGBT
- AIDS dan STD
- Kecelaruan Kekeluargaan
AIDS
- Penyakit AIDS menjadi tumpuan ramai pada 1980an selepas wabak paru-paru berair yang jarang berlaku menular di kalangan 5 homoseksual di Los Angeles, USA.
- Hampir separuh komuniti homoseksual di San Francisco dijangkiti.
- 2016 - gay dan biseks adalah 67% daripada kes HIV di USA. Ini kerana seks anal (liwat) adalah paling berisiko untuk jangkitan HIV.
STD
- Penyakit veneral lain akibat kesongsangan seksual seperti gonorrhea, chlamydia dan sifilis. Penyakit ini lebih menjangkiti golongan gay (MSM).
Kecelaruan Kekeluargaan
- Masalah kecelaruan dalam hubungan kekeluargaan di negara yang membenarkan perkahwinan sejenis.
- Pasangan homoseksual memilih untuk mengambil anak angkat atau melakukan permanian beradas yang tiada kesahihan nasab keturunan.
Hukum Berkaitan
3 kategori hukum berkaitan:
- Hukum menyerupai jantina yang berbeza
- Hukum mencintai jantina sejenis umpama pasangan hidup
- Hukum melakukan hubungan seks dengan jantina sejenis
Hukum menyerupai jantina yang berbeza
- Jumhur ulama' menghukumkan haram, termasuk ibu bapa yang menyerupakan anak-anak
- "Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita" - Musnad Ahmad No 6875
- Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki - Shahih Bukhari No 5546
Hukum mencintai jantina sejenis umpama pasangan hidup
- Asas utama kehidupan ialah cinta kepada Allah (mentaati perintah dan meninggalkan laranganNya.
- Cinta sejenis adalah mencintai nafsu melebihi penciptaNya.
Hukum melakukan hubungan seks dengan jantina sejenis
- Hubungan seks sejenis adalah dilarang.
- Perkara yang menjurus ke arahnya juga dilarang (melihat aurat, menyentuh aurat) - Sahih Muslim No 338
Pencegahan
- Membina kesedaran
- Ibadah
- Perkhidmatan Kaunseling
- Kumpulan Sokongan
- Peranan Keluarga dan Masyarakat
Sumber rujukan dan multimedia:
- Slaid Yusoff Ahmad (Group Kaunseling Syarie) - diubahsuai oleh Persatuan Kaunselor Pendidikan
- Slaid Dr Wan Anor Wan Sulaiman (UMS)
Slaid ini dihasilkan menggunakan pustaka reveal.js oleh Hakim El Hattab dan lain-lain