Unit Kaunseling BPSM PSUKJ
Unit Kaunseling, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor telah ditubuhkan pada tahun 2010 selaras dengan matlamat melahirkan penjawat awam yang sihat dari aspek psikologi dan mental. Perkhidmatan psikologi dan kaunseling ditawarkan kepada semua penjawat awam Johor merangkumi perkhidmatan sesi kaunseling individu,sesi kaunseling kelompok, ujian psikologi, program-program motivasi dan kaunseling serta terapi-terapi kaunseling.
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor,
Aras 2, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar, 79503
Iskandar Puteri, Johor
Tel : 07 – 266 6505 / 07 – 266 6506
Faks : 07 – 290 9010 / 07 – 290 9011
Montaj Unit Kaunseling BPSM PSUKJ
Pengiktirafan
Unit ini telah dianugerahkan Anugerah Penarafan 5 bintang dalam Naziran Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia Tahun 2017 dan juga Anugerah Amalan Terbaik Kategori Aplikasi Penyelidikan Dalam Psikologi di Persidangan Psikologi Modal Insan 2017 pada 9 Oktober 2017 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Ini merupakan kali ketiga Unit Kaunseling diiktiraf dan dianugerahkan dengan Anugerah penarafan 5 bintang . Pelbagai inisiatif berpandukan Pelan Strategik Psikologi Dan Kaunseling Kerajaan Johor dirancang dan dilaksanakan bagi tahun 2018 dan akan diteruskan pada tahun 2019 bagi memantapkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling.