Inventori Gaya Bercinta

Penyelidikan mengenai cara manusia bercinta dan menunjukkan perasaan cinta romantik bukan sesuatu yang baru. Ahli sosiologi John A. Lee (1973, 1988) telah membuat klasifikasi gaya bercinta yang dipanggil colors of love (warna-warna percintaan). Klasifikasi ini telah digunakan oleh pengkaji Clyde dan Susan Hendricks daripada University of Texas untuk menghasilkan skala/gaya bercinta.

Enam gaya bercinta yang dihasilkan adalah seperti dalam jadual berikut. Klik butang info pada setiap satu gaya untuk mengetahui penerangannya.

Gaya Bercinta UtamaGaya Bercinta Sekunder
  1. Eros (cinta romantis)
  2. Ludus (cinta permainan)
  3. Storge (cinta persahabatan)
  1. Pragma (cinta logikal)
  2. Mania (cinta posesif)
  3. Agape (cinta pengorbanan)

Inventori Gaya Bercinta (IGB) ini ialah adaptasi inventori 60 soalan yang dibangunkan oleh Sidek Mohd Noah. Bermula dengan nombor satu, rekodkan jawapan anda pada borang jawapan yang disediakan. Jika pernyataan itu menerangkan diri anda, pilih Ya dan jika tidak menerangkan diri anda, pilih Tidak pada jawapan yang disediakan. Jika anda menghadapi kesukaran untuk menentukan sama ada sesuatu pernyataan itu menerangkan diri anda ataupun tidak, pilih jawapan yang anda rasa paling selesa.



Skor gaya bercinta anda adalah seperti berikut. Markah tertinggi bagi kategori adalah gaya cinta dominan anda.

Gaya Bercinta UtamaMarkah
Eros (cinta romantis) 
Ludus (cinta permainan) 
Storge (cinta persahabatan) 
Gaya Bercinta SekunderMarkah
Pragma (cinta logikal) 
Mania (cinta posesif) 
Agape (cinta pengorbanan) 

Anda boleh merekod hasil ujian anda di dalam sistem iPsikologi dengan borang di bawah ini. Anda akan menerima kod hasil ujian yang boleh digunakan untuk mengakses semula hasil ujian anda, termasuklah untuk cetakan. Tiada maklumat peribadi direkodkan dalam sistem.

×

Sila buat pilihan jawapan