Inventori Kepuasan Kerjaya

Soaljawab Kepuasan Kerjaya Minnesota (Minnesota Satisfactory Questionnaire) telah dihasilkan untuk menilai kepuasan individu terhadap kerja dan kerjayanya. Terdapat beberapa versi inventori ini iaitu versi 1967, 1977 dan versi pendek. Versi lengkap/panjang MSQ mampu memberikan maklumat spesifik aspek kerja/kerjaya yang memuaskan individu, berbanding kepuasan kerja/kerjaya am individu. Ia juga berguna untuk menilai keperluan vokasional individu, keperluan sesi kaunseling dan menilai faktor utama yang menyumbang kepada kepuasan kerja/kerjaya.

Ini adalah adaptasi ujian MSQ pendek. Arahan ujian adalah seperti berikut:

  1. Terdapat 20 item yang perlu dijawab.
  2. Untuk setiap item, sila baca kenyataan yang mewakili aspek dalam kerja/kerjaya sebenar anda sekarang.
  3. Nilaikan aspek tersebut mengikut kepuasan anda dan pilih darjah kepuasan paling tepat dengan menggunakan skala Likert iaitu: Sangat Memuaskan, Memuaskan, Neutral, Tidak Memuaskan; dan Sangat Tidak Memuaskan.

Analisis faktor untuk 20 item ini akan menilai faktor kepuasan intrinsik dan kepuasan ekstrinsik. Dengan menjumlahkan kedua-dua skor faktor ini, kadar kepuasan kerja/kerjaya secara am dapat dinilaikan. Responden digalakkan melengkapkan soal jawab ini dalam tempoh 5-10 minit. Klik butang mula untuk memulakan ujian MSQ.

Rujukan:

  • Vocational Psychology Research, University of Minnesota

Kembali ke Senarai Ujian

Sangat Memuaskan
Memuaskan
Neutral
Tidak Memuaskan
Sangat Tidak Memuaskan

Skor kepuasan kerja anda adalah /100.


Markah yang lebih tinggi menggambarkan anda lebih berpuas hati dengan kerja/kerjaya anda sekarang. Markah yang rendah pula menggambarkan yang sebaliknya.

Anda boleh merekod hasil ujian anda di dalam sistem iPsikologi dengan borang di bawah ini. Anda akan menerima kod hasil ujian yang boleh digunakan untuk mengakses semula hasil ujian anda, termasuklah untuk cetakan. Tiada maklumat peribadi direkodkan dalam sistem.

×

Sila buat pilihan jawapan