Inventori Kebahagiaan Perkahwinan (Awam)

Inventori Kebahagiaan Perkahwinan ini mengandungi 25 item untuk mendapatkan gambaran kebahagiaan perkahwinan anda. Klik pada skala 1-10 untuk menyatakan yang paling hampir dengan perasaan anda kini tentang perkahwinan dan pasangan anda seperti di bawah. Tidak ada jawapan yang betul ataupun salah. Masa menjawab inventori ini adalah dicadangkan sekitar 15-25 minit.

Untuk memulakan ujian, sila nyatakan jantina anda dan tekan butang Mulakan Ujian.

Lelaki Wanita


MarkahPenerangan
175 dan ke atasAlhamdulillah, anda dikurniakan perkahwinan yang sangat baik. Jika jumlah mata yang anda capai menjangkau atau lebih 200, kemungkinan anda mempunyai perkahwinan yang mithali dan boleh dicontohi oleh ramai pasangan-pasangan lain.
150-174Anda dapat berinteraksi dengan tenang dalam suasana perkahwinan yang memuaskan. Suburkan terus perhubungan yang sihat ini. Insya'Allah perkahwinan anda harmoni dan bahagia.
125-149Pencapaian anda sederhana sahaja. Anda dan pasangan perlu berwaspada kerana jika suasana rumahtangga tidak diperbaiki, kebahagian yang hanya sederhana ini akan menjadi pudar dan kesejahteraan rumahtangga boleh tergugat.
Kurang daripada 124Rumahtangga anda dan pasangan sedang menempuh kesukaran. Ambil masa untuk bertenang dan periksa serta baik pulih serta-merta perkara-perkara yang mengeruhkan rumahtangga. Semua bentuk perhubungan wajib di hidupkan kembali. Cari orang tengah sebagai pendamai/kaunselor jika perlu. Jika semua langkah ini tidak diambil, dikhuatiri rumahtangga anda akan terus goyah dan berkemungkinan akan musnah.

Sila rujuk kaunselor/pakar untuk mendapatkan takrifan yang lebih tepat mengenai markah yang diperolehi.

Kembali ke Menu Ujian

Anda boleh merekod hasil ujian anda di dalam sistem iPsikologi dengan borang di bawah ini. Anda akan menerima kod hasil ujian yang boleh digunakan untuk mengakses semula hasil ujian anda, termasuklah untuk cetakan. Tiada maklumat peribadi direkodkan dalam sistem.