Inventori Big Five (BFI 10)

Inventori Lima Faktor (BFI) telah dihasilkan pada penghujung 80-an (John, Donahue & Kentle 1991) dan merupakan antara instrumen paling pendek. Inventori BFI dianggap baik untuk mengukur dimensi lima faktor personaliti iaitu Ekstraversi (Extraversion), Kesetujuan (Agreeableness), Neurotisisme (Neuroticism), Kehematan (Conscientiousness) dan Keterbukaan (Openness).

Inventori BFI boleh digunakan kepada individu berusia 15 tahun ke atas. Responden hendaklah memberikan jawapan berbentuk makluman Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju. Fikirkan soalan dalam bentuk yang boleh diterima akal dan logik. Tidak ada jawapan yang betul ataupun salah.

Rujukan:

  • John, O. P., Donahue, E. M., & Kentle, R. L. (1991) The Big Five Inventory-Versions 4a and 54. Berkeley, CA:University of California, Berkeley, Institute of Personality and Social Research
  • Rammstedt, B., & John, O. P. (2007) Measuring personality in one minute or less: A 10 item short version of the big five inventory in English and German. Journal of Research in Personality, 41, 203-2012.


Sangat Setuju
Setuju
Tak Pasti
Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju

Skor anda mengikut 5 faktor personaliti adalah seperti berikut:

Sifat Penerangan Skor
Ekstraversi
Extraversion
Individu dengan nilai ekstraversi tinggi adalah ekstrovert: seorang yang suka berinteraksi dengan orang lain, bersosial dan bersifat energetik.
Kesetujuan
Agreeableness
Individu dengan nilai kesetujuan tinggi adalah seseorang yang disenangi orang lain, bersifat mesra dan optimistik. Individu ini mudah bergaul dengan orang lain tanpa konflik.
Neurotisisme
Neuroticism
Individu dengan nilai neurotisisme tinggi mudah bersikap murung, dan mudah mengalami perasaan cemas, khuatir, kekecewaan, kemarahan, cemburu dan kesunyian.
Kehematan
Conscientiousness
Individu dengan nilai kehematan tinggi adalah seseorang yang cermat dan berhemah. Juga seorang yang berjaga-jaga, melakukan kerja dengan sempurna dan tersusun, serta tidak mengambil mudah tanggungjawab dan tugas.
Keterbukaan
Openness
Individu dengan nilai keterbukaan tinggi sukakan perkara-perkara yang baharu. Mereka juga bersifat imaginatif, mempunyai nilai ingin tahu yang tinggi dan berfikiran terbuka.

Anda boleh merekod hasil ujian anda di dalam sistem iPsikologi dengan borang di bawah ini. Anda akan menerima kod hasil ujian yang boleh digunakan untuk mengakses semula hasil ujian anda, termasuklah untuk cetakan. Tiada maklumat peribadi direkodkan dalam sistem. Sila rujuk terma & syarat lengkap.

×

Sila buat pilihan jawapan